Sebab memasukkan saat lompat Saat_lompat

Saat lompat diperlukan sebahagiannya kerana panjang min hari suria adalah meningkatkan secara sangat perlahan, dan sebahagiannya kerana saat SI, apabila diterima pakai, sudah sedikit lebih pendek daripada nilai saat min waktu suria semasa.[1]Masa sekarang dikira menggunakan jam atom yang jitu (TAI atau Waktu Atom Antarabangsa), manakala pusingan Bumi terdapat perubahan.

Perubahan panjang hari berbanding hari berdasarkan SI, 1962–2010

Asalnya, saat didefinisikan sebagai 1/86400 min hari suria (lihat waktu suria) seperti yang ditentukan oleh pusingan Bumi pada paksinya dan juga pusingan mengelilingi Matahari. Pada pertengahan abad ke-20, adalah ketara bahawa pusingan Bumi tidak memberi piawaian masa yang cukup seragam, dan pada 1956 saat didefinisikan semula dari segi pusingan orbit tahunan Bumi mengelilingi Matahari. Pada 1967 saat didefinisikan semula, sekali lagi, dari segi sifat fizikal: ayunan atom sesium-133, yang boleh disukat menggunakan jam atom.[2] Tetapi hari suria menjadi 1.7 ms lebih panjang setiap kurun disebabkan terutamanya oleh geseran ombak (2.3 ms/kurun, dikurangkan sebanyak 0.6 ms/kurun kerana pemulihan glasier).[3]

Saat SI yang dikira piawaian waktu atom telah didefinisikan berdasarkan suatu sejarah kembali kepada skala masa piawai terdahulu waktu efemeris (ET). Ia kini boleh dilihat berhampiran dengan purata saat 1/86400 min hari suria antara 1750 dan 1892. Saat SI telah didefinisikan pada 1967, sebagai 9,192,631,770 tempoh sinaran yang sepadan dengan peralihan antara dua aras hiperhalus bagi keadaan asas atom sesium-133. Nombor ini mula timbul dari penentukuran piawaian sesium oleh saat ET: pada tahun 1958, saat ET telah ditentukan sebagai tempoh 9,192,631,770 ± 20 kitaran peralihan sesium yang terpilih,[4](dan pada masa yang sama, dan dengan piawaian sesium yang sama, panjang min bagi saat min waktu suria (UT2) pada masa itu telah diukur pada 9,192,631,830 kitaran).[5] Pengesahan kemudian menunjukkan bahawa saat SI yang merujuk masa atom adalah dipersetujui, dalam 1 bahagian daripada 1010, dengan saat masa efemeris seperti yang ditentukan daripada pemerhatian qamari.[6]Masa yang diukur oleh putaran bumi telah mengumpulkan penangguhan berbanding piawaian masa atom. Sejak 1961 hingga 1971, kadar (sesetengah) jam atom adalah (untuk tujuan UTC) secara berterusan diperlahankan supaya terus kekal seiring dengan putaran bumi. (Sebelum tahun 1961, masa siaran telah disegerakkan dengan Waktu Min Greenwich yang ditentukan secara astronomi.) Sejak 1972, saat pancaran radio adalah sama dengan piawai saat SI yang dipilih pada 1967.

UTC dikira dengan jam atom, tetapi dikekalkan lebih kurang selari dengan UT1 (min waktu suria) dengan memasukkan saat lompat jika perlu. Ini berlaku apabila perbezaan (UT1 − UTC) menghampiri 0.9 saat, dan biasanya dimasukkan pada akhir Jun 30 atau Disember 31 (walau bagaimanapun saat lompat boleh dimasukkan pada akhir apa-apa bulan). Pada 1 Januari 1972, ofset awal UTC daripada TAI telah dipilih menjadi 10 saat, yang dianggarkan jumlah perbezaan yang telah terkumpul sejak 1958, apabila TAI ditakrifkan sama dengan UT2, versi yang lebih licin bagi UT1 (GMT) yang tidak lagi digunakan. Jadual menunjukkan bilangan saat lompat ditambah sejak itu. Jumlah beza antara TAI dan UTC adalah 10 saat lebih daripada jumlah saat lompat.

Graf menunjukkan perbezaan antara UT1 dan UTC. Garis menegak menunjukkan saat lompat.

Lonjakan pelarasan saat (kira-kira 0.6 saat setahun) adalah perlu kerana perbezaan antara panjang hari SI (berdasarkan min hari suria antara 1750 dan 1892) dan panjang min hari suria semasa (kira-kira 0.002 saat lebih panjang). Perbezaan ini akan semakin lama semakin meningkat, tetapi hanya 0.0017 saat sekurun. Dalam erti kata lain, pelarasan adalah diperlukan kerana kita telah nyahgandingkan takrifan saat daripada tempoh putaran Bumi semasa. Tempoh putaran sebenar berbeza disebabkan oleh faktor tidak menentu seperti gerakan jisim dalam Bumi, dan perlu diperhati bukannnya dikira.

Contohnya, andaikan jam atom digunakan mengira saat dari epok Unix 00:00:00 pada 1 Januari 1970. UTC dan min waktu suria (UT1) hampir sama pada ketika itu. Setelah Bumi membuat satu pusingan lengkap dengan Matahari min, pengira akan menunjukkan 86400.002 saat (sekali lagi, nilai yang tepat akan berubah). Berdasarkan penghitung, dan menganggap bahawa sehari adalah 24×60×60 = 86400 saat lamanya, tarikh akan dikira sebagai 00:00:00.002 2 Januari 1970. Setelah 500 pusingan, ia akan menjadi 00:00:00 16 Mei 1971 dalam waktu suria (UT1), tetapi pengira akan menunjukkan 43,200,001 saat atom. Memandangkan 86400 × 500 adalah 43,200,000 saat, tarikh akan dikira 00:00:01 pada 16 Mei, 1971, as measured by atomic time. Jika saat lompat telah ditambah pada 31 Disember 1970, maka tarikh itu akan dikira sebagai 0:00:00 pada 16 Mei 1971. Sistem yang melibatkan saat lompat ditetapkan untuk membolehkan TAI dan UT1 untuk mempunyai ofset 10 saat pada 1 Januari 1972.

Pembrekan pasang surut memerlahan pusingan Bumi, menyebabkan bilangan saat SI dalam min hari suria meningkat sebanyak kira-kira 2 milisaat sekurun (bermaksud peningkatan yang diunjurkan dari 86400.002 semasa ke 86400.004 menjelang bahagian awal abad ke-22). Selain itu, peristiwa atau proses yang menyebabkan perubahan ketara kepada pengagihan jisim bumi, sekali gus mengubah momen inersia, boleh menjejaskan kadar putaran kerana keabadian momentum sudut. Yang paling ketara sejak kebelakangan ini adalah Gempa bumi Lautan Hindi 2004 yang menurut model teori, dipercayai telah mengurangkan hari suria dengan 2.68 mikrosaat[7]. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, perlambatan putaran bumi berkurangan pada tahun 1999, jadi min hari suria telah menjadi 1 ms lebih pendek dan kurang saat lompat diperlukan selepas tahun 2000.[8] Seseorang itu perlu ambil perhatian bahawa ini tidak bermakna yang bumi memecut (selain daripada "bukit" kecil berhayat pendek dilihat pada graf sekitar 2004 dan 2005), ia hanya bermakna bahawa kadar perlambatan berkurangan, supaya perbezaan di antara UTC dan UT1 menghampiri .9 saat kurang kerap.

Rujukan

WikiPedia: Saat_lompat ftp://hpiers.obspm.fr/iers/bul/bulc/bulletinc.dat http://www.gmat.unsw.edu.au/snap/gps/gps_survey/ch... http://www.leapsecond.com/history/1968-Metrologia-... http://www.leapsecond.com/java/gpsclock.htm http://www.leapsecond.com/notes/leap-watch.htm http://www.livescience.com/strangenews/081208-leap... http://www.livescience.com/technology/050705_leap_... http://www.mail-archive.com/leapsecs@rom.usno.navy... http://online.wsj.com/article/SB112258962467199210... http://www.meinberg.de/english/info/leap-second.ht...